Tuesday, December 13, 2016

Makanan tradisi musim tengkujuh

Balik kampung kali ini saya ber-marathon melempiaskan nafsu makan yang sudah sekian lama di idamkan. Biasalah, sebab agak lama jarak masa sejak last skali balik kampung sebelum ni. Banyak sangat nostalgia duk berlegar dalam benak fikiran sepanjang duduk di KL. huhu..

Kebetulan kali ini balik pada musim tengkujuh dan semestinya makanan tradisi keluarga dan orang kampung di musim tengkujuh tidak ditinggalkan. Sampai sahaja di rumah, mak telah sediakan ubi badak, ikan pekasam untuk di jamah.

Hari pertama di rumah mak, saya berpagi-pagian dengan ubi badak rebus. huhu..Lama benar tak makan,lebih 10 tahun agaknya. Masuk je dalam mulut, terus imbau masa zaman kecil makan ubi badak panas dalam keadaan hujan lebat. Hahaha
Ubi badak sedap

Ubi badak sedap

Lepas tu beli nasi berlauk dan nasi kerabu kegemaran di kampung. Nasi kerabu ayam bakar RM2 sahaja, nasi berlauk pula RM3 sebungkus. Nasi berlauk ini sudah di kira agak mahal harganya di kampung saya, akan tetapi orang masih berbondong-bondong ke sana. Enak rasanya dan saya percaya kalau branding betul-betul, boleh jadi setaraf nasi air dingin dan nasi kak wok.huhu
Nasi berlauk sedap pasir mas

Nasi berlauk sedap Pasir mas

Petangnya pula seusai bawa ayah ke klinik kesihatan dan urusan-urusan lain, saya bergegas ke Warung Kurnia Ibu dengan harapan dapat merasai coconut shake yang marvelous. Saya ada kongsikan warung ini dalam post sebelum ini. Wajib untuk anda singgah apabila sampai di Pasir Mas. Alhamdulillah dapat juga merasa air coconut shake yang di beri nama T-KRIE walaupun sudah agak lambat sampai. Memang sedap sungguh sampai anda rasa nak minum 3 @ 4 gelas. Rahsianya senang sahaja, air kelapa yang betul2 muda dan tiada campuran air serta gabungan 4 jenis air krim yang awesome. Semestinya skill memilih kelapa muda terbaik menjadi suatu kewajipan untuk memastikan air kelapanya sedap. hehe

Banyak lagi tempat makanan yang tak sempat saya singgah kerana kesuntukan masa. Dan banyak juga juadah-juadah musim tengkujuh daripada mak tak sempat untuk di jamah sebab kejap je cuti. huhu

Esok dah nak masuk kerja balik, maka bermula kembali imbauan kenangan silam. haha





7 comments:

  1. Makanan kat area utara memang murah..wah ...tercapai apa yg di hajati..terbaikkk

    ReplyDelete
  2. balik kg baru2 ni borong ubi badak dgn ubi stelo berkilo2. berat kereta jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kak. Saya angkut ubi badak, ubi kayu, ubi keling, ikan pekasam bawa ke rumah parent in law kat ipoh. Bestnya ikan haruan pekasam original dari kampung sendiri yang sudah lama tak rasa.

      Delete
  3. Bestnya nasi berlauk... Hanya di pantai timur sahaja ader nasi berlauk ni kan? Jemput singgah & join segmen MYiDEAKiNi yer... Terima kasih :)

    http://www.myideakini.com/2016/12/misi-pencarian-bloglist-myideakini-2017.html

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email