Thursday, December 29, 2016

Bagaimana applikasi Waze mengesan kelajuan kereta

Saya tertanya-tanya bagaimana waze boleh mengesan kelajuan kereta kita. Maklumla tiap2 hari guna Waze sejak tinggal di kota metropolitan.  Dulu masa tinggal di Terengganu,  buka waze,  jalan semuanya clear je.  Pilihan jalan ikut suka hati kita je. Huhu
Kadang2 ada juga berangan2 nak cipta teknologi baru jugak supaya dapat menolong masyarakat. Mulala berimaginasi bangga dengan new technology seluruh dunia orang pakai. Haha

Berbalik kepada Waze ni ha...agak pening juga saya memikirkan bagaimana ia mengesan kelajuan kereta. Maklumlah saya baru sahaja update apps Waze yang latest dan ianya ada Speedometer!! Itu yang saya tertanya-tanya. hahaa

Setiap kali saya tekan pedal minyak, saya bandingkan speedometer kereta saya dengan speedometer Waze, ianya SAMA.. Saya ni jenis orang suka benda-benda macam discovery channel, how its made dan macam-macam lagi. Sebab tu la tertanya-tanya..Selagi tidak rungkaikan apa di sebaliknya, selagi itula tak puas hati..

Nak kena research dulu apa yang berlaku sebenarnya. Next entri nanti kita sambung. huhu

Lagi update terbaru Waze boleh detect speed limit kat jalan la pulak. haha. Tapi saya agak ianya sama kes dengan features lain iaitu bergantung kepada user input/report. Sebagaimana sebelum ini pengguna waze report jalan jem, ada kereta berhenti, ada accident dan macam2 lagi, agaknya perkara yang sama untuk speed limit jalan.  Nanti ada amaran anda melebihi speed limit. Ataupun memang mereka rekod speed limit setiap jalan sebagaimana sesetangah sistem navigasi lain. Saya belum cuba sebab saya baru update apps, Mungkin dah ramai yang guna fungsi terbaru apps Waze ni sebelum saya..

Speedometer Waze
Imej : 9to5mac.com

2 comments:

  1. Sebab tula waze ni boleh tahu kadar jarak dan masa kita boleh smpai ke sesuatu kawasan tujuan tu kan.. laju kita pun dia boleh agak bila nak sampai hehee.. menarik ni nak tau lagi.. Thanks sharing :) :)

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email