Maka kalut la saya pagi2 dengan urusan anak sekolah dan diri sendiri yang bekerja. Apa la nasib badan. Huhu.. Di pendekkan cerita, saya teringat orang hangat menyebut pasal Bateriku.Com yang sedang meningkat naik. Maka saya terus mendaftar dan tak sampai 10min saya terus di hubungi oleh mekanik Bateriku.Com melalu whatsapp.
Buat appointment sebelah petang seusai waktu kerja, 5.30ptg.Sharp on time 5.30 petang mekanik dah terpacak depan rumah. Urusan mengambil masa hanya 15min sahaja dan kereta saya sudah pun boleh start. Sambil2 tu saya sembang dengan mekanik sebab saya tengok dia duk check bateri guna multimeter/voltmeter.
Saya belajar benda baru hari ini iaitu bagaimana nak check keadaan alternator samada berfungsi dengan baik atau tidak. 6 langkah utama adalah :
1. Check belting alternator samada berada dalam keadaan baik atau tidak. Jika belting tidak tegang, alternator mungkin tidak berfungsi dengan baik
2. Check abnormal sound daripada alternator dan check bearing alternator. Boleh refer post saya sebelum ini pasal diagnosis bunyi alternator bising
3. Seterusnya, kita nak test alternator sepenuhnya. Matikan enjin terlebih dahulu
4. Sambungkan multimeter / voltmeter, lepas tu check bacaan voltage. Bateri yang elok sepatutnya 12.5 - 12.65V.
5. Selepas itu, start enjin kereta dan observe bacaan multimeter/voltmeter tadi. Sepatutnya paling minimum 13V. Alternator yang bagus, bacaannya antara 13.5V - 14.5V. Kereta saya punya bacaan seperti dalam gambar
6. Kita check pula bacaan dengan bebanan@load. Buka headlamp, air cond dan sebagainya. Bacaan yang baik dari alternator sepatutnya sama sahaja semasa bacaan tanpa load iaitu range 13.5 to 14.5V.
Jikalau kurang daripada 13V @ lebih daripada 15V maka alternator anda mungkin ada masalah samada ada mana2 cable tidak berada dalam kedudukan sepatutnya atau sememangnya alternator ada masalah. Sila rujuk kepada yang pakar.
Jikalau kurang daripada 13V @ lebih daripada 15V maka alternator anda mungkin ada masalah samada ada mana2 cable tidak berada dalam kedudukan sepatutnya atau sememangnya alternator ada masalah. Sila rujuk kepada yang pakar.
Ada hikmahnya kereta bateri kong. Servis yang baik daripada Batriku.Com dan belajar nak test alternator dengan multimeter/voltmeter. Hehe
Semoga bermanfaat
Sumber : Your Mechanic
betul tu ada hikmahnya bro...
ReplyDeleteBlessing in disguise
ReplyDelete