Saturday, December 10, 2016

5 Langkah menggandakan pelaburan anda dalam Unit Trust

Unit Trust

Dalam entri sebelum ini saya telah ringkaskan apa yang patut anda tahu dan faham mengenai unit trust. Seterusnya bagi memastikan anda mengoptimumkan pelaburan anda dalam unit trust, ini langkah-langkah yang patut anda ambil

1. Mula seawal mungkin
Mulakan pelaburan anda secepat mungkin. Jangan tangguh kononnya menunggu masa yang sesuai walhal anda sudah maklum bahawa pelaburan dalam unit trust asasnya lagi lama anda melabur lagi bagus pulangannya hasil daripada compounding interest. Apa tunggu lagi? Segera berjumpa dengan unit trust consultant yang dekat dengan anda.
Unit Trust

2. Melabur secara konsisten dan berjadual
Teknik pelaburan ini banyak memberi manfaat kepada pelabur melalui Konsep Ringgit Cost Averaging di mana anda melabur tidak mengira harga share semasa. Dengan kata lain, anda membeli share dengan banyak ketika harga share jatuh, dan sebaliknya jika harga share meningkat anda membeli dengan jumlah yang sedikit.
Unit Trust

3. Melabur untuk jangka masa panjang
Umum di ketahui pelaburan unit trust adalah untuk jangka masa yang panjang. Berdasarkan rekod yang ada, sememangnya menunjukkan pelaburan unit trust terbukti memberi pulangan yang signifikan dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, pelaburan jangka masa pendek mungkin memberikan sedikit risiko berbanding dengan pelaburan-pelaburan tertentu ataupun simpanan tetap di institusi perbankan.
Unit Trust

4. Pelbagaikan porfolio pelaburan anda 
Kepelbagaian @ diversification dalam portfolio pelaburan anda dapat mengimbangi risiko-risiko yang ada.  Sebagai contoh, ketika ekonomi merudum lazimnya bond lebih perform berbanding ekuiti dan begitu sebaliknya ketika ekonomi memuncak, selalunya ekuiti lebih perform  berbanding bond. Maka dalam jangka masa yang lama, diversification secara lazimnya memberi pulangan interest yang tinggi di samping mengurangkan dan mengimbangi risiko.
Unit Trust

5. Lakukan penilaian dan penambahbaikan
Lakukan penilaian dan penambahbaikan secara berkala supaya anda sentiasa mencapai objektif pelaburan@kewangan anda. Pastikan anda sentiasa mengoptimumkan pelaburan anda dalam unit trust.
Unit Trust

Selamat melabur.

4 comments:

  1. Replies
    1. salah satu instrumen pelaburan yang agak balanced risk. Pelbagaikan pelaburan untuk achieve financial goals masing-masing

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email