Monday, December 05, 2016

3 cara menangkap ikan di bendang.

Semakin hari semakin kuat perasaan homesick terhadap kampong halaman. Semakin teruja hendak balik kampong setelah sahabat handai di kampong kongsi aktiviti-aktiviti mereka di kampong. Sekarang ini adalah musim tengkujuh dan semestinya mengimbau kenangan semasa kecil.
Selalunya perkara yang sinonim dengan saya semasa musim tengkujuh adalah aktiviti menangkap ikan. Memang menyeronokkan. Baik, jom kita lihat apa yang saya buat.huhu

Tangkap ikan guna serkap
3 cara menangkap ikan di bendang
Imej serkap : Sumber Mystyle

Selalunya, aktiviti ini tidak kira samada musim tengkujuh atau tidak, ia bergantung kepada musim menuai padi dan membajak sawah sebelum menabur benih padi. Dulunya di kampong, perasaan “pride” yang sangat tinggi apabila anda berjaya menangkap ikan yang sangat besar dan juga dalam jumlah yang banyak.  Kadang-kadang siap compare dengan kawan-kawan siapa yang lagi hebat. Itulah perangai budak-budak..haha
3 cara menangkap ikan di bendang
Imej : Facebook 

3 cara menangkap ikan di bendang
Imej : Facebook 

Pengalaman saya yang paling saya tak boleh lupa adalah apabila saya berjaya menangkap ikan haruan yang besar. Bila orang tanya berapa besar? Saya jawab sebesar paha..haha. tapi memang sungguh besar sehinggakan saya terpaksa mintak tolong orang dewasa bantu saya mengangkat ikan itu dari bendang ke darat.

Pengalaman kelakar pun ada, anda ingatkan dapat tangkap ikan besar, tetapi rupa-rupanya katak air besar. Hahah..geli…..

Menahan Pukat ikan
Memandangkan rumah saya jaraknya tidak berapa jauh daripada selatan Thai, kadang-kadang kami beli pukat daripada selatan Thai sebab harganya murah sedikit. Selalunya ada je orang yang akan ke sana untuk membeli pukat secara pukal untuk di jual balik di kampong.
3 cara menangkap ikan di bendang
Imej : pakngahyobkider

3 cara menangkap ikan di bendang
Imej : pakngahyobkider

Ini pon tidak kurang juga perasaan seronoknya. Masing-masing mencari lubuk di bendang @ saluran parit air ketika air meningkat naik. Lazimnya 3 kali sehari kami akan pergi tinjau pukat bagaimana hasilnya. Jika Nampak banyak sangat ikan, mungkin lebih kerap kami pergi tinjau untuk mengelakkan ikan mati dan membusuk. Pengalaman ngeri selalunya ada ular yang terkena pukat anda. Itu perkara biasa.


Menahan “Tauk”
Konsepnya seperti memancing di mana “fishing rod” yang di perbuat daripada buluh akan di letakkan bersama umpan hidup (selalunya ikan kecil) di lubuk-lubuk tertentu. Sasaranya adalah ikan haruan besar dan tauk akani tinggalkan overnight. Keesokan paginya anda akan tinjau semua tauk-tauk yang anda sudah letakkan.

3 cara menangkap ikan di bendang
Imej : Tepen Caster

Jika bernasib baik, anda memang akan dapat habuan ikan haruan yang besar. Tiada lain yang lebih seronok selain dapat merasai asam pedas versi klate air tangan ibu..meleleh air liur..huhu

Bersiap sedia untuk balik hujung minggu ini. Harap-harap dapatla makan ikan keli goreng budu, hehe

Sekian

4 comments:

  1. wah..best dan rindu plak kampung......
    rindu suasana dulu...tapi sekarng...semua sawah dah takde.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula. Kampung saya pon sama. Ada lagi sawah tapi tak banyak

      Delete
  2. Pernah juga dulu-dulu masa kanak-kanak suka memancing tapi guna teknik menahan Tauk..Petang tu datang mmg mengenalah tauk umpan tu...Seronok zaman dulu-dulu :)

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email