Saturday, November 26, 2016

Tips penjagaan tayar kereta yang patut anda tahu

Saya percaya ramai orang maklum bagaimana ingin menjaga tayar kereta masing-masing. Namun sekali lagi saya cuma ingin berkongsi dengan anda sebagai peringatan untuk diri saya juga. Rata-rata pemandu kereta terutama lelaki mahupun wanita banyak mengabaikan langkah-langkah yang perlu di ambil dalam penjagaan tayar kereta. Bukan kerana tidak tahu, tetapi sebenarnya ianya berpunca daripada sikap lalai.
Penjagaan Tayar Kereta
Imej :GoaStreets

Baik jom sama-sama kita berazam untuk menjaga tayar kereta kita dengan sebaiknya. Tips penjagaan tayar kereta yang patut anda tahu seperti di bawah :

 Pemilihan saiz tayar yang sesuai
Pemandu lelaki memang suka sport rim. hehe..Tapi perlu di ingat penggunaan tayar yang lebih besar contohnya 14 inci kepada 15 inci  boleh memberi kesan kepada kenderaan anda dan secara tidak langsung kepada tayar anda. Kesannya umpama "domino effect " di mana, apabila wheel assembly menerima saiz tayar yang baru & rim yang baru, ia memberi sedikit kesan kepada spesifikasi asalnya yang lama kelamaan memberi kesan kepada tayar kereta anda juga
Tayar
Imej : Ebay
Pemeriksaan berkala tekanan angin tayar kereta anda
Di galakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda
Tyre pressure
Imej : Michelin
Tukar kedudukan tayar kereta anda
Di galakkan menukar kedudukan @ rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakan kepada setiap tayar kereta anda
tyre rotation
Imej : Toyota Zone


Lakukan alignment  tayar kereta anda
Selalunya alignment tayar kereta di lakukan setiap 10000km perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya teruskan untuk lakukan alignment.  
Wheel Alignment
Imej : Tyre Tracks
Kenali spesifikasi tayar anda
Perlu di ingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Perkara-perkara penting untuk panduan anda contohnya tahun pembuatan tayar, tahap kelajuan, tahan bebanan sesuatu tayar dan sebagainya.


Tahun Pembuatan Tayar
Di sarankan anda menggunakan tayar yang terbaru @ pada tahun yang sama tayar hendak ditukar. Jika anda menggunakan tayar keluaran lama, di khuatiri jangka hayatnya tidak akan lama. Sebagai contoh dalam gambar di bawah, nombor 0204 menunjukkan minggu ke-2 tahun 2004 tayar ini di keluarkan
 
manufacture date of tyre
Imej : Team BHP
Tahap kelajuan
Saya percaya kita semua tak ambil endah mengenai tahap kelajuan yang boleh di tampung oleh sesebuah tayar kereta. Jadi jangan terkejut jika anda memandu laju melebihi had kelajuan yang di tetapkan, bukan sahaja minyak kereta anda cepat habis malahan tayar kereta anda pun cepat rosak. Boleh rujuk indeks kelajuan seperti gambar di bawah.

Indeks kelajuan dan bebanan tayar
Imej : Continental Tyres
Tahap Bebanan
Sememangnya orang menganggap ianya perkara kecil dan boleh di abaikan. Lagi pula, bukannya kita boleh timbang bebanan setiap kali kita menggunakan kereta kita. Hehe
Cuma kita boleh buat andaian secara rasional samada kita telah menggunakan bebanan lebih atau tidak terhadap tayar kereta kita. Sila rujuk indeks bebanan tayar daripada Continental untuk panduan (gambar atas)

Gaya Pemanduan
Di galakkan jadilah pemandu berhemah dengan gaya pemanduan yang baik sebagai langkah menjaga tayar kereta anda. Jika anda penggemar “drift”, maka sememangnya jangka hayat tayar kereta anda adalah sangat pendek

Pemeriksaan berkala thread tayar anda
Jika anda perasan, tayar kereta mempunyai tanda aras atau pengukur tahap kerosakannya. Anda boleh lihat dengan mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda sudah melebihi hadnya, sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.
Thread check
Imej: Toyo

Selamat mencuba dan hati-hati memandu.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email