Tuesday, November 22, 2016

Kenangan sekolah rendah

Awal pagi ni tiba-tiba terkenang semasa di sekolah rendah. Dari darjah satu sampai lima saya sekolah di pekan Pasir Mas. Jaraknya lebih kurang 8km dari rumah.

kenangan masa dulu
Imej : Wikipedia
Pergi sekolah naik van seorang pak cik di kampung.  Nama panggilan adalah Pok Loh.  Seawal selepas subuh sudah bersiap dan tunggu untuk naik van ke sekolah..

Rutinnya,  pagi mandi air panas jugak.  Bukan pakai electric water heater,  tetapi air rebusan dapur arang kayu.  Zaman sekarang amat tipis peluang nak jumpa dapur arang kayu.  Alhamdulillah saya sempat merasainya..

Ayah saudara saya yang terkenal dengan nama Pok Teh Kob buka warung kopi.  Seawal selepas subuh warungnya sudah di buka.  Jadi,  dalam perjalanan nk ke tempat menunggu van sempat singgah warung.  Dapat jamah nasi pulut ikan kering pun jadilah.  Selalunya air teh susu free dari ayah sedara saya, bukan dalam cawan tapi dalam tin susu.. Habiskan lebihan susu.. Hehe
kenangan masa dulu
Imej : kenangansilam-ita.blogspot.my


kenangan masa dulu
Imej : fadzilahharon.blogspot.my

Seronoknya bila terkenangkan zaman kanak2.

Nostalgia awal pagi.  Alhamdulillah syukur 

4 comments:

  1. Bloger Abe Jaq..apa khabar elok entri dalam blog anda..salam kenal ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm salam perkenalan. Saya masih baru. Mohon tunjuk ajar orang lama.

      Delete
  2. http://madey09.blogspot.my/2016/11/alhamdulillah-syukur-padamu-pada-23-nov.html
    nak follow blog namun tak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oyeke. Tak jumpa ek. Cane saya nk betulkan keadaan ye supaya orang blh jumpa blog saya

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email