Wednesday, November 02, 2016

Kehidupan di laut suatu impian yang di nanti-nanti?

offshore dan pekerja pelantar minyak

Kehidupan di laut suatu impian yg di nanti-nanti?Bagaimana kehidupan mereka seharian?

Sejak cerita Deepwater Horizon di tayangkan, semakin ramai orang teruja dengan kehidupan pekerja-pekerja di laut. Umumnya, pekerjaan di laut di kaitkan dengan sumber pendapatan yang agak lumayan jika di bandingkan dengan pekerjaan-pekerjaan di darat. Namun, sebenarnya bukan semua yang mempunyai pendapatan yang lumayan kerana ada juga yg pendapatan bersih kurang daripada RM3000 sebulan dan bekerja secara shift. Contohnya, ada yang bekerja selama sebulan dan bercuti selama sebulan tanpa gaji. Kesimpulannya, dalam masa setahun sumber pendapatannya hanyalah 6 bulan.

Setinggi mana gaji seseorang yang bekerja di laut berdasarkan kepakaran dan skop kerjanya, tempoh kerja di laut, tempoh overtime atau kerja lebih masa dan juga bergantung kepada majikan masing-masing. Apa yang saya ingin sampaikan, bukan semua yg berkerja di laut gajinya lumayan walaupon risiko bekerja amatlah tinggi di samping kesukaran logistik jika sekirannya anda ada perkara kecemasan di darat. Salah satu contoh apa yang saya pernah alami, salah seorang kontraktor saya mendapat berita kelahiran anak daripada orang lain,  bukan daripada ahli keluarganya kerana kesukaran untuk berhubung pada ketika itu.

Baik, saya ingin kongsikan bagaimana umumnya suasana kehidupan seharian di pelantar minyak. Oleh kerana, pelantar minyak tidaklah seluas sebuah negeri, inilah yang akan anda hadapi hari-hari. Perlu di ingat,  suasana kehidupan di drilling platform, FPSO @ FSO mungkin juga ada sedikit kelainan daripada kehidupan di pelantar minyak kerana berbeza dari sudut suasana kerja.  Akan tetapi,  lazimnya beginilah suasana seharian pekerja-pekerja.

Helideck


offshore dan pekerja pelantar minyak

Sekiranya anda ke pelantar minyak, helikopter akan mendarat di sini dan akan ada petugas - petugas yg terlatih akan menyambut kedatangan anda.

Kadang-kadang, helideck juga di jadikan medan untuk bersukan memenuhi masa lapang atau menghilangkan rasa bosan. Ada yang bermain futsal (bola kertas), ada yang bermain golf, ada yang jogging dan sebagainya.

Bilik Tidur
offshore dan pekerja pelantar minyak


Selalunya beginilah gambaran tempat penginapan @ Living quarters sesebuah pelantar minyak. Mungkin nampak agak sempit, tetapi cukup selesa untuk merehatkan badan seusai penat bekerja seharian. Bagi pelantar minyak yang agak besar saiznya, kadang-kadang biliknya agak luas dan selesa. Dan anda juga jangan terkejut jika sekiranya anda terjumpa design dalaman tempat penginapan ala-ala hotel 5 bintang. Ya,  ianya wujud! !

Kantin @ Galley

offshore dan pekerja pelantar minyak

Selain daripada tempat menjamu selera, kebanyakan galley @ kantin pelantar-pelantar minyak yang pernah saya bekerja, ia juga di jadikan tempat rekreasi dan hiburan seperti pool, dart , mini theater  dan sebagainya. Di samping itu, galley juga lazimnya digabungkan dengan bilik mesyuarat yang akan digunakan setiap hari untuk mengumpulkan seluruh pekerja-pekerja pelantar minyak samada klien@owner mahupun kontraktor.  Istimewa bekerja di pelantar minyak,  anda di didik bangun awal pagi di sebabkan mesyuarat yang wajib akan dimulakan seawal 630pg yang melibatkan semua pekerja-pekerja. Saya belum pernah ada pengalaman bekerja di pelantar minyak luar negara Malaysia,  maka saya tidak pasti bagaimana masa kerja mereka.

Control Room @ Bilik Kawalan Operasi


offshore dan pekerja pelantar minyak

Lazimnya beginilah gambaran bilik kawalan operasi pelantar minyak. Ia di gunakan untuk mengawal selia seluruh operasi pelantar minyak oleh pekerja-pekerja terlatih. Jika berlaku perkara-perkara yang luar daripada kawalan contohnya ada peningkatan tekanan tinggi di dalam sesuatu mesin, pusat kawalan akan memberikan amaran untuk pekerja-pekerja bertindak mengawal keadaan. Keselamatan pekerja dan pelantar adalah perkara pertama dalam operasi di pelantar minyak. Kepada sesiapa yang pernah berkerja di pelantar minyak mesti sinonim dengan slogan "Safety First".


Bilik Rekreasi


offshore dan pekerja pelantar minyak

Antara bilik rekreasi yang ada adalah bilik gym. Bagi yang memilih untuk work out atau bersenam, di sinilah tempat mereka penuhkan aktiviti seharian di pelantar minyak. Lazimnya jenis bilik rekreasi bergantung kepada kreativiti dan permintaaan kebanyakan pekerja. Ada yang memilih peralatan muzik, ada yang memilih ping pong, ada yang memilih bilik karaoke, bilik permainan games dan sebagainya. Tetapi ianya juga bergantung kepada kelulusan daripada pihak pengurusan untuk pilihan-pilihan bilik rekreasi.


Begitulah secara ringkas saya kongsikan kehidupan seharian pekerja-pekerja di pelantar minyak. Ada yang seronok dan tidak kurang juga yang lama kelamaan akan merasa bosan kerana selama 24jam seminggu mereka melihat benda yang sama. Rindu kepada anak-anak dan keluarga kadang-kadang tidak boleh di ubati dengan pendapatan yang kononnya lumayan. Di tambah pula tekanan kerja dan masalah-masalah yang di hadapi setiap hari dalam bekerja.

3 comments:

  1. susah kerja kat laut, suami selalu takde di rumah. huhu sedih la kalau saya

    ReplyDelete
  2. lepas tgk cerita deepwater horizon, walau gaji tinggi tapi xnak kerja situ. hehe ngeri tgk meletup2

    ReplyDelete
  3. Kerja dengan risiko tinggi dan bukan semua yang gajinya mahal. itu sememangnya pasti.

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email