Saturday, November 12, 2016

Kad Kredit, suatu kelebihan atau keburukan?

kelebihan dan keburukan kad kredit

Alhamdulillah hari ini saya capai objektif kewangan saya yang seterusnya iaitu menghapuskan servis kad kredit. Sudah ramai orang yang berbuat sedemikian dan saya berharap saya tidaklah terlalu ketinggalan zaman. Tujuannya sama sahaja, untuk membetulkan balik perancangan kewangan masing-masing.

Ramai kawan-kawan saya bertanya kenapa nak hentikan pengunaan kad kredit? Banyak kelebihan apa? Saya tak nafikan ada kelebihan-kelebihan tertentu daripadanya dan saya juga sudah menikmati kelebihan itu. Pada hemat saya, kad kredit ini hanyalah sesuai kepada orang yang SANGAT berdisplin dalam penggunaannya dan saya bukanlah golongan itu.

Antara kelebihan-kelebihan besar adalah :
1. Kegunaan kecemasan
2. Memudahkan penggunaan di luar negara untuk urusan jual beli yang melibatkan cash yang besar
3. Urusan jual beli online
4. Dapat rebate tunai

Banyak lagi kelebihan yang boleh di senaraikan bagi yang bijak menggunakan kredit kad. Bagi orang yang macam saya, eloklah kiranya hentikan penggunaan kredit kad dan seeloknya mulakan menyimpan duit, rancang perbelanjaan betul-betul. Rule of thumb, mana ada orang berniaga tak nak untung. Samalah dengan kredit kad, bank akan dapat untung jugak dan ianya daripada anda. Percayalah..

Selepas menamatkan perkhidmatan kredit kad, alhamdulillah saya dapat voucher pembelian di AEON dan AEON BIG sebanyak RM140 selepas lebih kurang 50000 point di kumpulkan. Tak taula berapa lama kita guna kredit kad baru dapat voucher sebanyak ini. Agak-agaknya kalau kita kumpul duit RM5 sehari, rasanya sebulan kita dah dapat RM150. Nampak tak?

Boleh refer contoh katalog redeem point dari maybank di pautan

https://www.maybank2u.com.my/WebBank/TPoints-Redemption.pdf

Sekian perkongsian perjalanan hidup saya setakat ini. More to come insyaALLAH..hehe

2 comments:

  1. Saya setuju atas penyataan tuan tentang pro n con cc.sy nmpk, dia pnye pro utk org yg berhemah dan disiplin. Org yg kurang disiplin dan berhemah akan end up merugikan diri dan menguntungkan bank. As simple as late payment or not full payment every month. antara notable pro yg sy nmpk ialah 0% interest bayaran ansuran.dan ye, cash rebate atau points spt yg dinyatakan. All in all, I salute u my fren for giving out opinions so that others can benefit from your sharing. Great guy

    ReplyDelete
  2. thank you tuan. Absolutely right..

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email