Tuesday, November 15, 2016

Bunuh diri penyelesaian terbaik ke?

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan cubaan bunuh diri di jambatan pulau pinang.  Saya rasa ini bukan kes pertama pada tahun ini yang dilaporkan ditempat yang sama.  Malah,  sudah ada kematian dicatatkan untuk kes sebegini. Jika anda buat carian di Google pasal kes sebegini,  anda akan terkejut melihat hasilnya.

Mengikut laporan polis,  kes dua hari lepas berpunca daripada tekanan masalah kewangan. Saya percaya rata-rata rakyat Malaysia memang mempunyai masalah kewangan masing-masing samada kecil atau besar. Di tambah pula tekanan harga barangan naik,  kurang peluang pekerjaaan,  lambakan pekerja asing, kos hidup yang amat tinggi dan sebagainya. 

Nasihat buat diri saya dan anda semua,  uruskan kewangan kita sebaiknya, jangan sampai kita mengambil pendekatan bunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Jangan terperangkap dengan skim cepat kaya,  ceti haram,  berhutang walaupun kita sedar kita tidak mampu.

Sekarang macam-macam tips orang berkongsi bagaimana hendak mendapat kelulusan pinjaman bank. Jangan terkejut jika  anda gembira di saat pinjaman anda diluluskan,  tetapi menangis dan tak dapat tidur malam sepanjang tempoh pinjaman. Nauuzibillah..Maka ukurlah baju di badan sendiri.

Namun,  adakah anda lihat kerajaan Malaysia ambil serius dalam hal ni? Adakah perlu tunggu sehingga jumlah kes semakin meningkat baru bertindak? 

Bagaimana dengan kita? Bertindak sebelum terlambat, biar lambat asal selamat.
Sekian


Imej dari Astro Awani

4 comments:

  1. kan rasa mcm takder peganggan hidup kalo bunuh diri. hmm iman takder di dada gitu lah

    ReplyDelete
  2. Hmmm. Itula. Tapi kadang2 bila dah terdesak fikiran boleh jadi tak waras. Sebab tu jadi begini

    ReplyDelete
  3. kalau seseorang terlalu tertekan.. smpaikan xdpt berfikir dgn waras..bahaya jugak.. klau bole..org disekeliling dia.. support dia.. tlg dia.. bg semangat ka..

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email