Pengurusan diri adalah perkara asas dalam kehidupan manusia.
Apa yang saya ingin kongsikan adalah persoalan daripada saya juga sebenarnya
sebelum saya menjejakkan kaki ke pelantar minyak. Setelah saya berpeluang ke
pelantar minyak, barulah saya tahu bagaimana sebenarnya pekerja-pekerja
pelantar minyak menguruskan diri mereka.
Persoalan #1 Mandi
Guna Air Laut ke?
Ini antara persoalan pertama yang keluar dari benak fikiran
saya. Seperti yang kita sedia maklum air laut adalah air garam dan kalau anda
pernah mandi pantai, begitulah rasanya kita mandi air laut. Melekit, rasa tidak
selesa, masin dan sebagainya.
Baik, sebenarnya memang mereka mandi air laut tetapi air
laut yang telah di proses. Proses penapisan dan proses penyulingan yang
menjadikan air itu selamat untuk mandi dan membasuh baju di laundry.
Di pelantar minyak juga mempunyai centralized water heater
di mana anda boleh memilih air panas/sejuk
di pili bilik air mandi. Sistem yang sama kita jumpa di mana-mana hotel.
Jadi, anda jangan bimbang apabila anda ke pelantar minyak kerana anda mandi
menggunakan air yang bersih dan selesa seperti anda berada di hotel 5 bintang.
Hehe..
Gambar contoh di bawah adalah salah satu jenis Water Maker @
Mesin Pemprosesan Air yang ada di pelantar minyak.
![]() |
Imej dari CTREAT |
Persoalan #2
Sisa-sisa Kumbahan bagaimana?
Ini pun saya kadang-kadang berfikiran agak nakal.
Membayangkan sisa-sisa kumbahan terus di buang ke laut begitu sahaja. Maka tidak hairanlah banyak ikan datang berkumpul di kaki jacket pelantar minyak. Hahaha
Baik, sebenarnya di pelantar minyak ada system rawatan sisa-sisa kumbahannya
sendiri. Bagaimana anda selalu lihat di kawasan perumahan/kondo/apartment ,
begitu jugalah keadaannya di pelantar minyak. Yang membezakannya adalah sistem rawatan sisa -sisa kumbahan di pelantar minyak amatlah kompak kerana ruang yang ada amatlah
terhad. Maka, design sistem rawatan sisa -sisa kumbahan mestilah kompak dan memenuhi ketetapan-ketetatapan
yang telah di tentukan.
![]() |
Imej pusat rawatan sisa kumbahan di darat. |
Sisa-sisa kumbahan yang telah di rawat mengikut piawaian antrabangsa,jabatan alam sekitar dan pihak berkuasa akan di lupuskan terus ke dasar laut. Jangan risau kerana ianya adalah sisa yang selamat dan tidak akan mengganggu kehidupan di laut.
![]() |
Imej sistem rawatan sisa-sisa kumbahan di pelantar minyak. Sumber : Denora |
Setakat itu dahulu perkongsian dari saya. InsyaALLAH saya
akan sambung lagi perkongsian-perkongsian menarik mengenai kehidupan di pelantar minyak dalam entri akan datang.
Semoga bermanfaat.
Perkongsian yang menarik. Sebelum ni jadi tanda tanya jugak nih. Kemah!
ReplyDeleteterima kasih.
ReplyDelete