Thursday, November 24, 2016

5 Tempat sarapan pagi yang sedap di Paka dan Kerteh, Terengganu

Sekiranya anda berkunjung ke Terengganu terutamanya di daerah Paka & Kerteh, saya sarankan anda singgah di 5 tempat sarapan yang sedap ini. Anda pasti berpuas hati dan tidak menyesal dengan pilihan anda. Sambil tu anda boleh juga singgah di kawasan perindustrian minyak dan gas PETRONAS sebagai tanda kenangan anda pernah singgah di Paka & Kerteh. Hehe

sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej ; Wikipedia

Nur Sobah Café Kg Nyior Paka
Orang Paka, Kerteh kalau tak tahu pasal kedai ini memang pendek umur. Hehe . Terletak di Kg Nyior bertempat di bahu jalan utama Paka – Dungun, Terengganu. Tempatnya agak selesa kerana ruang parking kereta yang agak lapang dan ruang kedai yang agak besar dan bersih.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

Menu sarapan adalah menu tradisi masyarakat Terengganu seperti nasi dagang, pulut kuning,nasi lemak dan nasi kerabu. Roti canai pon ada jual di sini di samping kueh mueh seperti karipap, kueh  ketayap, Che Mek dan sebagainya. Saya sendiri gemar makan nasi dagang dan nasi kerabu di sini.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

Restoran Nasi Lomak NS, Taman Murni Perdana, Paka
Ini satu lagi tempat sarapan pagi di Paka yang anda tak sepatutnya tercicir daripada itinerary percutian anda. Sekali cuba pasti anda akan terasa nak lagi. Hehe…Lokasinya dia bahu jalan menghala ke kawasan perumahan  Taman Murni Perdana atau lebih dikenali dengan Taman UDA.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Paka Indah Blogspot

Baik, apa yang menariknya di sini? Seperti mana nama restorannya, semestinya nasi lemak la makanan istimewa di sini. Memang sedap sehingga menjilat jari..Berjuadahkan aneka pilihan lauk seperti kerang, paru, sotong, ayam rendang, ayam goreng dan sebagainya semestinya akan memikat hati anda.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Foursquare


Warung Haji Zaid, Kerteh
Terletak di bahu jalan besar Paka-Kerteh, warung haji zaid meyajikan nasi lemak yang marvellous dengan aneka pilihan lauk seperti kerang, daging, ayam goreng dan sebagainya. Saya memang suka sangat makan nasi lemak ayam goreng + kerang di sini. Ayam goreng dia memang sedap dan rangup. Meleleh air liur saya sambil menaip tentang warung ini.huhu
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Selera,com

Di samping nasi lemak, ada jugak makanan tradisi lain seperti nasi dagang, pulut kuning, laksam dan sebagainya. Sememangnya tempat yang wajib singgah..

Café Kak Yah, Kerteh
Café Kak Yah antara tempat yang lazimnya saya singgah untuk sarapan sebelum sampai pejabat saya ketika saya bekerja di Kerteh. Café yang bersih yang menghidangkan nasi lemak, roti canai, lontong dan makanan2 tradisi lain.  Anda juga boleh dapati produk-produk keluaran Muslim sebagai alternatif kepada produk yang lazimnya di jual di pasaran. Contohnya, minuman Iman Koko yang menggantikan Milo yang pada hemat saya, boleh menandingi keenakan Milo itu sendiri. Banyak lagi produk-produk Muslim yang anda boleh dapat di sini.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook
Baik apa yang istimewa di sini? Bagi saya, nasi lemak di sini memang istimewa kerana ianya mempunyai keunikan tersendiri. Kenapa unik? Sepanjang pengalaman saya makan nasi lemak, hanya di sini nasi lemak di hidangkan dengan kangkung di samping timun seperti kebiasaannya. Sejujurnya memang sangat sedap terutamanya bila dihidangkan dengan rending ayam. Fuhhh.

Hentian Mesra Corner
Lokasinya berhampiran dengan Mesra Mall dan saya percaya namanya pun ada kaitan degan Mesra Mall. Hehe..Ruang warung yang agak lapang dengan kapasiti yang boleh menerima pelanggan yang agak ramai dalam sesuatu masa. Tiada masalah parking kereta sebab ianya terletak di bahu jalan Kerteh Kemaman.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

Hidangan yang agak berbeza di sini kerana ada pilihan nasi goreng yang mana agak jarang anda boleh jumpa di kawasan sekitar. Selalunya hidangan biasa adalah nasi lemak, nasi dagang, pulut kuning dan sebagainya. Namun, bukan nasi goreng yang special di sini.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej: Foursquare
Yang special di sini bagi saya adalah nasi kerabu. Di sebabkan saya anak jati Kelantan,  nasi kerabu di sini memang menepati piawaian nasi kerabu asli Kelantan. Perisanya cukup dengan perasa budu, sambal tumis nasi kerabu, ulam yang cukup, bawang putih jeruk, “solok lada” dan sebagainya. Dengan pilihan lauk yang memang sesuai dengan nasi kerabu seperti ikan goreng tepung, telur masin, daging goreng/bakar dan ayam goreng. Selalunya saya akan pilih ayam goreng dan telur masin untuk melengkapkan nasi kerabu saya. Ayam gorengnya memang tak di nafikan sedap dan rangup. Marvellous!!

Sekian dulu perkongsian saya dengan harapan anda dan keluarga mencuba sarapan di kedai-kedai ini. Sudah hampir 2 tahun saya meninggalkan Paka, Kerteh dan semestinya rindu nk makan sarapan yang best di sini. Selamat mencuba..


16 comments:

  1. Terliur weh. Keno singgah nih.

    ReplyDelete
  2. Warung 415 Kg Labohan tak pergi ke? Itu one of famous sarapan pagi. Nasi Lemak Ayam goreng dia thorrbaikk, Roti canai and nasi kerabu. Always full nak nak weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang pergi situ. Tgk ramai jugak org kat situ

      Delete
  3. nasi lemak kak za sedap besebelahan nasi lemak negeri 9,,

    ReplyDelete
  4. Yang mana satu. Mungkin saya pernah pergi cuma xtau nama kedai. Huhu

    ReplyDelete
  5. Kena datang lagi ke Kerteh... skrg lg byk kedai/warung baru. Nak mkn apa... semua ada. Western food pun dah mcm cendawan tumbuh lps hujan. Kedai masakan pns lagilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula. Bak kata orang, syurga makanan. Hehe. Cuma 5 tempat ini la saya saya sangat suka singgah sarapan selama 6 tahun lebih duduk paka

      Delete
  6. Selalu bertukar selera ni masa serapan ni. hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Tertinggal satu lagi menu yang kebiasaanya mudah didapati di dungun & paka adalah nasi minyak. Kalau rasa tak nk kahwin lagi tapi boleh makan nasi minyak, datanglah ke terengganu yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. haha. betul tu..antara makanan tradisi orang terengganu tu.

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email