Thursday, November 03, 2016

4 lokasi WAJIB untuk anda kunjungi di Pasir Mas Kelantan


Sekiranya anda bertandang ke Pasir Mas, Kelantan 4 lokasi ini WAJIB untuk anda kunjungi. Saya sebagai anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan semestinya kagum dan teruja untuk berkongsikan secara ringkas mengenai kelebihan dan keistimewaan lokasi-lokasi ini. Jom kita tengok.

Dodol dan Serunding Hajjah Wan Sabariah


Dodol Hajjah Wan Sabariah



Seperti sedia maklum, Kelantan terkenal dengan makanan-makanan yang berperisa manis atau dalam erti kata lain lebih gula. Hehe

Dodol adalah antara kuih tradisi orang Kelantan yang berasaskan santan dan gula Melaka. Untuk makluman Hajjah Wan Sabariah dan suami adalah di antara pelopor dalam industri pembuatan dodol di Kelantan. Di samping itu juga, beliau juga mengusahakan pengeluaran serunding yang umumnya terkenal juga di kalangan masyarakat di negeri Kelantan.

Apa yang menarik mengenai Hajjah Wan Sabariah bukan sahaja kerana resepi dodolnya tetapi adalah rumah agamnya yang kelihatan seolah-olah rumah agam dalam filem Bollywood. Beberapa kali jugak artikel @ video wawancara yang keluar di media utama berkongsi mengenai kemewahan rumahnya. Untuk makluman, di saat saya menulis perkongsian ini beliau telah pun meninggal dunia pada September yang lalu. Semoga rohnya di cucuri rahmat ALLAH. Al- Fatihah..

Dodol Hajjah Wan Sabariah






Ayam Percik Lemal (Kak Jah)

Ayam Percik Kak Jah
Imej : kedaimakankelantan.blogspot.my

Ini lagi satu makanan yang agak popular dan sinonim dengan masyarakat Kelantan. Jika anda berkunjung ke Pasir Mas, jangan lupa untuk mencuba Ayam Percik Kak Jah Lemal. Lokasinya berhampiran dengan Roundabout Pasir Mas-KB-Tanah Merah-Rantau Panjang. Sebenarnya lebih kurang 500 meter sahaja daripada Dodol Hajjah Wan Sabariah.

Ayam Percik Kak Jah Lemal
Imej : kedaimakankelantan.blogspot.my

Sekiranya anda ingin melihat kemeriahan suasana jualan ayam percik di sini, saya sarankan anda datang pada bulan Ramadhan. Panjang orang beratur untuk membeli ayam percik di sini.
Saya di maklumkan, sekarang ini lokasinya telah berubah dek kerana ada construction pelebaran jalan di situ. InsyaALLAH saya akan update untuk next entry di mana lokasi terbaru.

Ayam Percik Kak Jah Lemal
Imej : kedaimakankelantan.blogspot.my



Akok RISDA Jalan Rantau Panjang Pasir Mas

Akok RISDA Sedap Pasir Mas
Imej : Seribu Satu Macam Sajian


Sekiranya orang sebut Akok, semestinya Kelantan akan muncul di benak fikiran anda. Betul atau tidak?huhu..

Semestinya kueh ini memang terkenal di Kelantan. Jualannya akan bertambah meriah di bulan Ramadhan kerana orang Kelantan memang gemar menjadikan kueh ini sebagai juadah berbuka puasa. Tiap-tiap hari pun xpe..hehe

Jangan terkejut, lokasinya pon adalah jalan yang sama selepas ayam percik dan dodol Hajjah Sabariah. Ianya adalah laluan utama Pasir Mas ke Rantau Panjang. Sekiranya anda melalui jalan utama Pasir Mas – Rantau Panjang (daripada KB/Tanah Merah/Pasir Mas) atau lebih di kenali oleh masyarakat setempat “Highway Pasir Mas Rantau Panjang”, anda semestinya singgah di bangunan RISDA yang terletak di sebelah kanan jalan.

Akok RISDA pasir mas
Imej : Berita Harian


Uniknya, jualan Akok tersohor di Pasir Mas ini hanyalah di jual pada bulan Ramadhan sahaja. Jualannya mencecah ribuan ringgit sehari dan memang sangat ramai orang beratur untuk membeli akok di sini. Lazimnya, pukul 3ptg akok sudah pon habis dan anda akan melepas sekiranya datang pukul 3 lebih. Huhu

Warung Mok Su @ Warung Kurnia Ibu

Kedai Mok Su @ Warung Kurnia Ibu
Imej : CutiKelantan.Com


Warung ini memang berada dalam lipatan sejarah saya sebagai seorang pelajar. Huhu..
Di sinilah tempat saya dan rakan-rakan singgah makan selepas habis kelas tambahan di sebelah petang mahupun selepas memonteng sekolah di akhir tahun. Hahaha..

Kedai Mok Su @ Warung Kurnia Ibu


Boleh di katakan saya dan rakan-rakan secara berterusan melihat perkembangan warung ini yang hanya bermula dengan gerai kecik menjual air kelapa sehinggalah menjadi warung yg wajib kunjungi bila anda berada di Pasir Mas. Apa yang menyebabkan warung ini berkembang maju? Ianya hanyalah kerana air kelapa. Ya, air kelapa!!! Kalau di Melaka sinonim dengan Air Kelapa Klebang, di Pasir Mas pula dengan Air Kelapa Mok Su @ Warung Kurnia Ibu. Anda boleh search di FB : Kedai Moksu (Warung Kurnia Ibu).

Kedai Moksu @ Warung Kurnia Ibu
Imej : Twitter

Setelah di ambil alih operasi warung sepenuhnya oleh anak Mok Su, restoran ini terus mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat setempat dengan bermacam-macam hidangan baru yg di sediakan. Jomlah singgah di sini untuk menghilangkan rasa dahaga dek kerana cuaca panas terik.

Sekian sahaja sedikit perkongsian saya sebagai anak jati Pasir Mas. Semoga bermanfaat dan gambar-gambar saya lampirkan adalah sumber carian google, bukan daripada saya sendiri. Terima kasih



2 comments:

  1. Selalu lalu kot tu alah balik ko umah ttok ttua di kube bembe tp x pernah singgah sbb jale jem n susah parking. kalu kat Lemal tu kawe suka sate lemal yg sedap tu. meme taste kawe la.. kuahnya sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keno singgah terr. Dea mari pasir mas gak x soh xsinggah. Hehe

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email