Tuesday, November 29, 2016

3 Tempat Nasi Kerabu dan Nasi Berlauk Sedap di Wangsa Maju

Sambungan kisah sarapan pagi yang mana sebelum ini saya kongsikan tempat sarapan yang saya selalu singgah semasa saya tinggal di Paka, Dungun Terengganu. Kali ini, saya akan kongsikan tempat-tempat yang selalu saya pergi untuk sarapan setelah saya berpindah ke Kuala Lumpur.
Nasi kerabu sedap di wangsa maju
Imej : 123RF
Seperti mana kebiasaannya, orang Kelantan memang tak boleh meninggalkan hidangan atau juadah versi Kelantan tidak kira di mana mereka berada. Saya pun semestinya golongan yang sama.hahaha
Baik, setelah saya menetap hampir 2 tahun di Kuala Lumpur, saya ingin kongsikan juadah nasi kerabu dan nasi berlauk yang sedap dan asli daripada Kelantan yang mana lokasinya tidak jauh daripada rumah saya.

Persamaan antara restoran-restoran ini adalah sentiasa di kerumuni orang ramai di awal pagi untuk membeli sarapan. Dan saya sentiasa perlu beratur jika singgah di sini

Restoran Tuu Do Ko 1488


Nasi Kerabu sedap di wangsa maju

Menggunakan bahasa Kelantan untuk pemilihan nama kedai yang lebih kurang maksudnya “tu dia rupanya”. Lebih kurangla maksudnya sebab saya tak reti nak terjemah mengikut perkataan. Hehe
nasi berlauk sedap wangsa maju
Lauk Ayam Gulai

Terletak di jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera Batu Caves, Selangor. Bangunan corner lot di bahagian bawah yang tidak jauh daripada lokasi Giant Batu caves ini memang sentiasa di penuhi pelanggan. Seawal sesudah subuh jemaah surau/masjid sekitar telah memenuhi ruang kedai.
nasi berlauk sedap wangsa maju
Laksam Ori Kelantan

Jika anda datang lebih daripada pukul 730, anda senasib dengan saya sebab beratur panjang. Huhu
Nasi berlauk dan nasi kerabu memang sedap dan ada juga laksam original Kelantan. Rugi tak singgah di sini.
Nasi berlauk sedap di wangsa maju

Nasi berlauk Kak La Padang Balang
Saya lihat nama restoran ini lebih mesra kerana meletakkan nama panggilan pemilik restoran itu sendiri. Sememangnya Kak La dan pekerja-pekerjanya mesra pelanggan setiap kali mengambil pesanan daripada pelanggan. Rata-rata pengunjung adalah masyarakat Kelantan daripada kawasan sekitar.
Kedai Nasi berlauk kak la padang balang
Imej : Google Map

Yang paling menarik, saya andaikan ada beberapa pekerja-pekerjanya adalah orang Indonesia tetapi pandai bercakap dialek Kelantan. Mungkin disebabkan setiap hari berhadapan dengan orang keliling bertutur dalam bahasa Kelantan. Tapi ini adalah andaian saya sahaja kerana ada bunyi “off-key” dialek Kelantan apabila mereka bertutur semasa mengambil pesanan. Hehe
nasi berlauk kak la padang balang

Keadaan yang sama anda akan jumpa, orang beratur panjang. Konsep layan diri utk mengambil pesanan walaupun makan di restoran. Anda perlu beratur dan memilih aneka lauk kesukaan anda sambil pekerja menghidangkannya untuk anda. Ada dua barisan, satu untuk yang tapau macam saya dan satu lagi untuk yang makan di kedai.
nasi berlauk kak la padang balang
Kuih batang buruk yang rare. Hanya di kedai Kak La

Kesimpulannya nasi kerabu dan nasi berlauknya memang sedap dan anda mempunyai pilihan lauk Ayam Kampung @ Ayam Biasa. Ayam kampong memang best..huhu

Warung Sebelah 7 Eleven Wangsa Melawati
Saya lupa nak tanya apa nama kedainya tapi memang saya selalu pergi sini semasa saya tinggal di Sri Rampai. Ianya merupakan warung yang terletak di sebelah 7 Eleven Wangsa Melawati. Seberang jalan adalah bangunan shop lot baru yang menempatkan pejabat KWSP, butik dan kedai-kedai lain.
nasi kerabu sedap wangsa maju
Imej : Wkimapia

Aneka lauk yang di hidangkan untuk di makan bersama nasi kerabu yang jarang di jumpai contohnya ikan selayang singgang goreng. Jenis lauk ini memang mengimbau kenangan nosltagia semasa kecil saya. Dulu- dulu mak memang suka singgang dan goreng garing ikan selayang kecil dan memang rangup di makan. Anda akan terlupa bahawa ikan selayang pon ada tulang dek kerana menikmati kesedapan dan kerangupannya. Hahaha
Nasi kerabu sedap di wangsa maju
Imej : Ayu Denira

Cuma nasi kerabu di sini jenis nasi kerabu kering atau dengan kata lain tiada sambal tumis nasi kerabu sepertimana yang di hidangkan di kedua-dua tempat yang saya kongsikan di atas. Namun, ianya masih menepati citarasa saya..hehe

Sekian dulu perkongsian saya dan saya percaya banyak lagi kedai/restoran yang menghidangkan nasi kerabu sedap di kawasan sekitar Wangsa Maju & Gombak contohnya House of Nasi Kerabu dan lain-lain. Cuma saya belum berkesempatan untuk singgah menikmati hidangan di sana.

Jangan lupa singgah….

6 comments:

  1. nasi kerabu saya dah puas sangat makan. sekarang sedang cari kedai nasi dagang terbaik di sekitar kuala lumpur pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang kaki nasi kerabu. X puas. Huhu

      Delete
  2. dekat dah nie. kena cuba. selalu rasa yg dekat selayang punya je. dah x kena dgn tekak. :)

    feel free to visit my blog : https://bajetciputselerabesar.blogspot.my/

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email