Sunday, November 13, 2016

2 kerja ini yang paling saya kagum dan hormati di pelantar minyak.

kerja offshore
Imej dari gmoffshore.com

Tiba-tiba terdetik di hati saya untuk menyambung kisah kehidupan pekerja-pekerja di pelantar minyak sepertimana perkongsian saya sebelum ini. Kali ini saya ingin kongsikan orang-orang yang paling saya kagumi dan hormati setiap kali saya berada di pelantar minyak iaitu catering crew dan steward.

Baik, kenapa mereka saya kagumi? Kerana merekalah yang mengurus makanan dan pakaian pekerja-pekerja di pelantar minyak  selama 24 jam sehari. Kalau tak silap saya, selalunya catering crew adalah minimum 5 orang yang terdiri daripada Camp Boss ,Chief Chef ,Eastern Chef , Western Chef dan Pastry Chef. Saya mungkin silap sebab sudah lama saya tak pergi ke laut.huhu....

Manakala untuk steward pula, selalunya mereka dalam 4 hingga 6 orang untuk setiap satu crew. Memandangkan pekerja operasi pelantar bekerja secara shift, mereka juga bekerja secara shift dan saya sendiri tidak tahu bagaimana duty roaster mereka. Camp Boss bertindak mengepalai kedua-duanya skali ,catering crew dan steward.

Catering crew ini bertanggungawab untuk menyediakan hidangan wajib 6 kali sehari tidak termasuk dengan hidangan untuk pekerja-pekerja yang bekerja shift malam. Bayangkan kesibukan mereka untuk menyiapkan hidangan kepada pekerja-pekerja yang kadang-kadang mencecah 100 orang pada sesuatu masa. Akan tetapi, ia bergantung kepada kapasiti maksimum sesuatu pelantar. Ada yang boleh menampung maksimum 120 orang pekerja dan sebagainya.

Steward juga tidak kurang sibuknya kerana merekalah yang mengemas bilik, membasuh baju-baju pekerja dan mengemas living quarters secara amnya untuk memastikan pekerja-pekerja boleh hidup dengan selesa. Cuba anda bayangkan dengan kekuatan tenaga 4 hingga 6 orang bekerja secara shif sehari untuk melangsaikan semua kerja-kerja yang saya sebutkan tadi dengan bilangan pekerja pelantar seramai 100 orang? Penat kan? Belum di kira mereka kadang-kadang membantu catering crew di dapur yang tidak menang tangan untuk menyediakan hidangan.

Aduhai penatnya..

Saya percaya rata-rata pekerja pelantar minyak mesti terasa senang hati apabila ada orang menguruskan pakaian dan bilik mereka. Mana tidaknya? Sebelah malam letak dalam bakul, subuh keesokkanya baju anda sudah bersih dan berbau harum. Siang hari anda keluar bekerja, balik je petang bilik sudah pon siap dikemas dan dirapikan.

Begitulah kitaran kerja seharian mereka dan ianya berterusan untuk selama sebulan. Ya, sebulan!! Mereka bekerja selama sebulan sebelum bertukar dengan crew seterusnya. Namun jumlah sebenar hari bekerja adalah bergantung kepada polisi syarikat mereka bekerja. Saya pukul rata selama sebulan kerana setahu saya paling kurang pon 21 hari mereka perlu bekerja.

Hakikatnya, pendapatan mereka mungkin tidaklah setinggi pekerja-pekerja pelantar minyak yang lain tetapi kewujudan mereka amatlah penting untuk kelangsungan hidup pekerja-pekerja pelantar minyak. Skim gaji mereka juga bergantung kepada majikan mereka masing-masing contohnya gaji di bayar bila on duty, semasa off-duty mereka tiada gaji dan sebagainya.

Saya tidak nafikan, luahan kecewa dan marah segelintir pekerja-pekerja pelantar minyak terhadap mereka kerana kecuaian dan kelalaian mereka menjalankan tugas dengan baik. Pada hemat saya,kadang-kadang ia berpunca daripada pihak majikan mereka sendiri kerana gagal menguruskan mereka dengan baik. Apa pun tohmahan terhadap mereka, ianya tidak sedikit pon mencalar kesucian sumbangan mereka terhadap pelantar minyak.


Sekian. Sila kongsikan kepada rakan-rakan jika bermanfaat. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email