Wednesday, October 26, 2016

Jangan Pandang Remeh Kat Abg Lokcing@Satay Ikan

rahsia mejual satay ikan @ lokcing


Sesungguhnya rezeki Allah Yg Maha Esa sungguh luas.  Allah jadikan manusia untuk melengkapkan kitaran hidup masing2 dengan mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup

Rata-rata kanak2 mesti pernah merasai keenakan lokcing @satay ikan.  Kalau tanya anak2 mesti dia jawab "Sedap ayah,  nk lagi!!".. Hehe

Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya pasal abang2 yg menjual lokcing.  Kalau anda berasal dari kelantan,  anda mesti sedar lokcing ini sinonim dengan masyarakat selatanThai yg datang berhijrah ke Kelantan utk menjual lokcing. Saya percaya anda mesti bersetuju kalau saya cakap mereka lebih mahir dalam menghasilkan lokcing berbanding rakyat Malaysia. Akan tetapi,  kisah ini di Terengganu bukan di kelantan. Hehe

Mungkin ada segelintir di kalangan kita yang memandang remeh kepada mereka kerana mencari rezeki dengan hanya menjual lokcing. Lebih2 lagi yang hanya mengayuh basikal  pusing keliling kampung@pekan untuk habiskan jualan..

Anda jangan terkejut jika saya cakap hasil jualan mereka lagi tinggi drpd orang yang bekerja di tempat2 tertentu yg berhawa dingin.  Ya,  ini fakta bukan auta!!! Huhu

Hasil interview saya dengan abang Thai yang duduk di kawasan rumah saya di Kampung Limbong,  Paka Terengganu sebelum ini. Rasanya semua orang kenal beliau sb dia dan kawan dia adalah satu2nya yg menjual lokcing di sekitar kampung.

Beliau mulakan kayuhan basikal dalam lingkungan pukul 11pagi dan selalunya dia akan tunggu di kawasan sekolah dahulu.Menunggu  kanak2 riang menyapa untuk membeli. Selepas itu barulah beliau ronda2 keliling kampung utk habiskan jualan.

Di pendekkan cerita,  lokcing selalunya di letakkan dlm bekas empat segi tepat.  Kalau anda nk tahu,  satu bekas tu kalau berjaya di habiskan,  jumlahnya adalah RM250 to RM300!!!! Terkedu sekejap saya bila beliau cakap kat saya.  Macam2 la bermain dibenak fikiran saya,  maklumlah saya otak bisnesmanla katakan. Haha

Kepala terus mencongak,  RM300 x 20 hari adalah RM6000!!! Allahuakbar murahnya rezeki.  Macam2 andaiam dalam kepala saya,  katala modalnya hanya 30% sahaja masih lagi boleh tahan pulangannya.  Kalaulah di kira dia dengan partnernya dah jadi double.  Fuh,  saya pulak yg berpeluh bila mencongaknya.  Padahal abang tu lagi berpeluh kayuh basikal,  bahang panas bara api membakar lokcing. Huhu

Kalau orang tanya saya apa barang paling bernilai abg lokcing,  saya jawab kain tuala kecik dialah. Yg sering di gunakan untuk menyapu titisan peluh dek kerana mencari rezeki. Haha..

Pengajarannya,  rezeki Allah maha luas dan jangan sesekali memandang remeh kepada sesama manusia.  Kita semua sama tiada beza kecuali hanya orang yg bertaqwa mempunyai darjat yg tinggi di sisi Allah.
Sekian drama "Suamiku Abe Lokcing,  Tualamu menjadi pujaan"  hihihi




No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email