Wednesday, October 26, 2016

2 perkara MITOS tentang kerosakan kereta yang anda WAJIB tahu.

 MITOS tentang kerosakan kereta yang anda WAJIB tahu.

Jangan sewenang-wenangnya menerima cadangan daripada mekanik. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sebaliknya anda WAJIB kaji selidik dahulu daripada mekanik-mekanik lain yang sanggup menerima sudut pandangan@permintaan daripada seorang pelanggan.

Mitos #1 Tukar “Air Cond Compressor”

Tekan pedal minyak dahulu baru “Air Cond” berfungsi

Saya percaya ramai orang di luar sana pernah mengalami situasi ini. “Air cond”  tidak berfungsi 
sehinggala anda menekan pedal minyak supaya “RPM” tinggi sedikit  barulah ianya berfungsi. 
Lazimnya, apabila anda pergi ke bengkel kereta, sesetengah mekanik akan terus cakap “air cond 
compressor” rosak. Saya cadangkan anda jangan terima bulat-bulat dahulu kerana “air cond 
compressor” mahal harganya untuk di ganti dengan yang baru. huhuh

Apa yang anda boleh buat, anda mintak beliau periksa dahulu “magnetic clutch @compressor 
clutch”. Selalunya ada masalah dekat “clutch” yang menyebabkan “compressor” tidak berfungsi bila 
diperlukan (functioned on demand). Mungkin disebabkan “coil” atau magnet bermasalah, “wiring “ 
dan sebagainya. Contoh gambar “clutch assembly” dan lokasinya  di bahagian 
“compressor”(bahagian depan)




alternator rosak
COMPRESSOR
alternator rosak
CLUTCH ASSEMBLY





Bunyi bising di “compressor”

Bunyi bising di bahagian enjin kereta itu adalah perkara biasa di sebabkan banyk komponen berputar (rotating parts). Komponen berputar selalunya akan mengalami masalah bunyi jika sekiranya ada masalah “mis-allignment”, “bearing” rosak dan sebagainya. Dalam kes “compressor”, selalunya apabila bunyi bising seorang mekanik yang tidak jujur dan amanah akan meminta anda tganti dengan “compressor” yang baru. Huhuh..

Nanti dulu!!! Sebenarnya anda boleh mintak beliau periksa keadaan “belting, pulley , tensioner mounting”  dan sebagainya. Contoh yang ketara adalah masalah “bearing” rosak. Sebenarnya “bearing pulley” je yg rosak, bukan air cond compressor tu yg rosak. Bearing ni boleh di tukar untuk pengetahuan anda. Jadi anda jimat lagi.

PERTHATIAN!! Bukan saya cakap “compressor” tiada masalah langsung, tapi sebagai langkah berjaga-jaga sebelum terima bulat-bulat utk tukar compressor. Sekiranya bunyi bising berpunca dari “internal compressor” ,maka sudah tiba masanya anda untuk menukarnya.


Mitos #2 Tukar Alternator

Ini pun masalah lebih kurang sama dengan air cond compressor. Bunyi bising daripada enjin kereta saya yang sangat kuat. Kalau di perhatikan, bunyi berpunya daripada kawasan”belting alternator”, “air cond compressor”, “timing chain” dan “pulley”. Apabila saya pergi ke bengkel, mekanik cakap “alternator” sudah rosak dan kena tukar baru. Harga alternator kereta saya RM 2600. Alamak, saya mana ada duit, maka saya cuba cari pendapat kedua daripada orang lain. Hasil daripada cadangan seorang rakan, maka saya pergi ke bengkel lain.

Di samping itu, saya selidik sedikit hasil daripada carian “google” mengenai bahagian-bahagian alternator. Apabila sudah sampai di bengkel, saya tunggu dulu apa diagnosis dia. Dalam kepala saya, saya sudah tetapkan untuk meminta beliau periksa” pulley”, “bearing” semua tu. Tetapi  brader tu dulu yag masuk bawah keretadan dia cakap memang “bearing pulley” rosak. Fuh, lega saya sebab dapat selamatkan RM2600. Haha.. Jadi saya hanya tukar “pulley bearing” ini sahaja. “Pulley” ni terletak di bahagian engine yang bersambung dengan “pulley alternator”.
Alternator rosak

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda dekat bahagian  “alternator itu sendiri” ade “pulley bearing” dan “internal bearing” jugak. Jika sekiranya bunyi bising berpunca daripada bahagian dalam “alternator”, maka anda juga boleh periksan dan tukar “bearing” tersebut. Tapi saya percaya tak ramai mekanik sanggup buka alternator hanya semata-mata nak tukar “bearing” yang harganya murah berbanding tukar “alternator seketul”. Saya pon belum pernah mengalami  bahagian dalam “alternator” bunyi bising. Teringin jugak nak tengok respon mekanik pasal hal ni.

Gambar “Pulley bearing” di bahagian depan alternator dan internal bearing . 

Alternator rosak
ALTERNATOR


Alternator rosak
INTERNAL ALTERNATOR 

Semoga bermanfaat.

5 comments:

  1. Assalam bang nk tnyer lao tensioner pulley yg rosakrosakk kne tukar seketul pulley or bearing sahaja..sebab kerete saya punyer dh hncur bearing die..terima kasih membantu..😊

    ReplyDelete
  2. Assalam bang nk tnyer lao tensioner pulley yg rosakrosakk kne tukar seketul pulley or bearing sahaja..sebab kerete saya punyer dh hncur bearing die..terima kasih membantu..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Jika anda jumpa mekanik yang jujur dan mahu tukar bearing sahaja, better tukar bearing sahaja. Tapi selalunya mereka akan tukar skali dgn pulley.

      Delete
  3. Kalau enjin keta bila start ada bunyi tuktuk lepas tu hilang....bila tekan pedal minyak bila bawa slow bunyi tuktuk muncul lepas bawa laju bunyi tuktuk hilang...sekejap jer bunyi bila tekan minyak sahaja bunyi tuktuk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak diagnos tu.Tuan boleh cuba check bahagian steering assembly contohnya bahagian drift shaft, steering rack..selalunya kalau bunyi yang kejap ada kejap tiada susah sedikit nak diagnos. kebanyakannya kena tunggu bunyi tu jelas baru boleh check kat mana. maaf tak dapat membantu

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email