Bagaimana anda mahu jana pendapatan sampingan sambil membantu orang berniaga burger bagi yang tidak berkemampuan? Dan anda dapat balik pulangan pelaburan anda dalam masa 10bulan?
Saya ingin kongsikan bagaimana anda boleh membantu mereka tanpa anda rugi sedikit pon. Idea ini di cedok sedikit sebanyak daripada saudara saya yang menjalankan perniagaan barang-barang untuk menjual burger. Niat yg ikhlas dapat pahala lagi. Caranya senang sahaja, anda hanya perlu berikan sewa stall burger kepada mereka yang memerlukan serendah RM100 sebulan. Ya, RM100 sahaja sebulan!!
Mari kita buat kiraan sedikit bagaimana kita boleh membantu mereka.
1. Anda perlu beli@tempah stall burger dalam lingkungan 6 unit sebagai contoh. Harga anggaran satu stall burger adalah RM1000 .
Contoh Stall Burger Fizo Omar
2. Anda
cari 6 orang yg betul-betul memerlukan untuk berniaga burger dan berikan sewa
serendah RM100 sebulan. Anda hanya memerlukan 10bln sahaja untuk anda dapat
pulangan balik modal anda beli stall burger tadi.
RM100 x 10bln x 6unit = RM6000
Perihal jual burger plak, perlulah rasanya sedap, lokasi yg bagus, sumber elektrik jimat (tak payah nak beli generator, dah untung banyak baru blh pk nk beli. hehe).
Rata-rata orang yang berniaga jual burger dengan pulangan yang baik setiap bulan, RM100 sewa bulanan tidaklah membebankan mereka. Tetapi yelah, mesti memenuhi ciri-ciri tertentu untuk memastikan burger yg di jual laku keras. Itu memang tidak di nafikan.
Mari kita kira anggaran jualan burger pulak. Hehe
Modal bahan-bahan mentah utk 100 biji burger biasanya sehari adalah dalam lingkungan RM120 hingga RM150. Katakan kita ambil jumlah RM120.
Berniaga selama 4 jam sehari iaitu sebelah malam sahaja. Jika lokasi yg baik, rasanya sedap katakan sejam 25 biji di jual dan harga satu burger RM2. Maka :
RM2 x 25biji x 4jam = RM200
Jadi satu malam margin(RM200-RM120) =
RM80
Sebulan , RM80x30 = RM2400.
PERHATIAN !!Ini kiraan kasar drpd saya sahaja, mungkin ade silapnya, cumanya saya nk kongsikan di sini bagaimana anda hendak membantu orang susah dengan dia hanya perlu bermodalkan duit serendah RM120 sebagai permulaan utk memulakan perniagaan jual burger.
No comments:
Post a Comment